Tuesday 3 December 2013

53. Tips BVSM ~ Penting Tidur Yang Cukup

1. Sistem imun anda akan menjadi lemah. Jika sistem imun lemah, anda mudah dijangkiti selsema dan jangkitan. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sel darah putih berkurangan dan seterusnya menjejaskan sistem imun.

2. Anda sihat dan tidak menghadapi masalah berat badan, tetapi jika mengalami masalah kurangan tidur yang kronik, anda akan menghadapi masalah fungsi insulin.

3. Jika anda kurang tidur, ia akan melemahkan hormon pertumbuhan yang mengawal nisbah lemak dan otot tubuh selain mengawal hormon leptin. Keadaan ini akan menyebabkan anda terasa lapar dan sukar mengelakkan makanan berlemak dan berkabohidrat.

4. Susut berat badan. Mereka yang kurang tidur selalunya cenderung mengambil makanan dalam kuantiti yang lebih. Walaupun pada awalnya mereka mengalami peningkatan berat badan, tetapi akan merasai penurunan apabila terlalu kerap kurang tidur.

5. Wanita yang selalu terdedah kepada banyak cahaya pada sebelah malam atau sering bekerja pada waktu malam menghadapi kemungkinan diserang kanser payudara.

6. Kurang tidur boleh menyebabkan anda stres dan akibatnya anda sukar melakukan kerja dengan cekap, sering tidak terurus dan kelam kabut.

7. Tidur yang cukup akan melambatkan proses penuaan dan kedutan di muka. Ketika tidur, kita akan menghasilkan hormone pertumbuhan yang membolehkan memperharui dan memulihkan sel-sel (khususnya sel-sel kulit, selain darah dan otak ). Jjika anda kurang tidur, anda akan lebih cepat kelihatan tua.

8. Sekiranya kurang tidur, anda akan mudah tertekan dan murung. Jika masalah ini berpanjangan, anda berkemungkinan besar akan hilang minat untuk bergaul.

9. Kehilangan waktu tidur bagi tempoh yang lama juga akan menyebabkan anda mudah terasa letih. Kurang tidur juga boleh menyebabkan sakit kepala, keletihan pada waktu siang dan mudah meradang serta gerak geri menjadi perlahan. Juga akan menjejaskan atau mengurangkan nafsu seks.

10. Mereka yang kurang tidur setiap malam berisiko mati awal.




Love,
Anna
012-2279 9485
miszanna85@gmail.com

52. Galaxiest Personal Touch Session @ Lava Grill Burger, Serdang

Personal Touch Session dgn Kak Aniez yang jauh datang dr Ganu tu..
Actually Kak Aniez ade kursus kt area Serdang...
maka kami pun menculik lah kak Aniez kejap sementara ade free time kan...
Bukan senang nak ber PT session bersama..

Area Serdang nie xde la familiar sangat....
Which actually datang sedang pun selalu sebab beli coklat kt Beryls je....
Singgah Manggah tempat lain memang tak pernah ler...
nak masuk The Mines??? memang takde ler...
berjam-jam baru dapat masuk agak nye....lagi-lagi cuti skola cam sekarang nie...
jem nyer mak datok.....tak payah cakap la kan...

Makanya iols pun terus meng'waze' Lava Grill Burger area Serdang nie....
Sebab iols memang Craving giler burgernye..
Since yang kat Shah Alam tak bukak rase cam kecewa giler...
Burger Bakar lain takde rase yang setanding lah....
(agak-agak tuan beso Lava Grill nie kasi komisyen tak tolong promote??hihihi)



Single Beef jer yang mampu nak telan


Cube tengok cheese meleleh tu..slurpppppp
nampak tak permainan diorang nie yang buat iols craving kaw-kaw punye lah....

Sambil makan sambil berdiskusi...
Group planning to fly for the next trip....weeehoooo...

From Left Kak Norma (My mentor), Kak Aniez & Me...

hah....licin we ols santap...

Why perlu ade PT session nie?
Actually PT ni sangat diperlukan, sebab masa ni lah one to one session dimana ia menjadi sesi luah meluah. Rakan kongsi boleh share apa masalah dia dalam business ni..sales dia, rakan kongsi dia, or apa-apa yang berkaitan. Dan masa nilah pendapat, pandangan dan tunjuk ajar leader diperlukan. Kalau dalam organisasi biasa..kita ada bos. Tapi uols ada ke bos yang buat sesi macam ni? Panggil staff and tanya staff macam mana kerja..berapa income nak bulan depan? Hah....set income sendiri tu....nak banyak usaha kena lebih la kan...


Sesape yang terliur tengok burger banjir tu bole ler singgah kat alamat dibawah ni ye...
Tempat pun ok...tak crowded sangat...
menu pun banyak...


Restoran LAVA GRILL BURGER No.15-1, Jalan 18/33A, Taman Sri Serdang, 43300 Seri Kembangan, Selangor.


Want to be a part of us??

PM/SMS/WHATSAPP
Anna Fuadi
012-227 9485
miszanna85@gmail.com