Sunday 18 August 2013

36. Fynn Jamal - Biar



mata tua yang memandang aku itu--
bundar
pudar

dia tak mahu bilang apa yang mencengkam jiwa usangnya
“biar”
katanya, “biar”.

wahai ayahanda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut?

wahai ayahanda
bercukuplah menggagah tulang rapuhmu
akukan lemahmu
perikan penatmu
kisahkan jerihmu
aku mahu tahu

mata tua yang bagai ada sakti dewa-dewi itu--
harum
senyum

dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan
“biar”
katanya lagi, “biar”

wahai ayahanda
bisikkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu
berikan aku seperca dari beban kamu

wahai ayahanda
lihatkanlah aku
berlari kini
melompat tinggi
setiapnya kerna kau tak pernah pergi

ah, apa masih ingat lagi
aku suka lari-lari?
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati

ah, apa masih tidak lupa
tengking jerit sama-sama?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga

ah, apa mampu kau sudikan
ampun maaf ku sujudkan?
bisa tidak kau teruskan
ku sesat kau tunjuk jalan?

ah, apa layak aku bagi?
tak terbalas sampai mati
kau sungguh yang paling tinggi
istanamu syurga nanti

~Fynn Jamal~

lagu yang tengah fames sekarang...
I salah sorang peminat kok ping nie...dr zaman lagu 150juta..
puitis...cukup puitis...kekadang memang kena je dengan jiwa...
haaaaa....rock2 i nie pun layan lagu2 jiwa nie...

first time dengar memang xde nk rasa pape..
bile dengar banyak kali sayu je hati...bole nanges if dengar sorang-sorang..
last week dok rewind lagu nie je...
naseb la...kalo tanak dengar sile pasang lagu lain ye...hehehe..

abah..mak...along masih perlukan doa kalian untuk berjaya...
untuk balas jasa kalian..
.untuk bagi kebahagian sebagaimana kalian membahagiakan kami adik beradik...
susah senang menjaga kami dari kecil hingga sekarang..
love u mak abah... <3 <3 <3






No comments:

Post a Comment